Search

Friday 29 July 2011

MEMAHAMI KEHENDAK PELANGGAN

Didalam proses komunikasi bersama pelanggan, seorang jurukecantikan itu perlu memahami kehendak pelanggan iaitu apa yang pelanggan mahu dan sebagainya. Ini termasuklah dari segi:


Menyediakan peralatan seperti katalog,portfolio dan peralatan lain bagi membantu pelanggan membuat pilihan
  • penyedian bahan seperti katalog gaya pemotongan rambut, pewarnaan rambut, pewarnaan kuku dapat membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih bersesuaian.
  • seorang jurukecantikan haruslah membantu pelanggan dalam memberi idea positif tentang pemilihan gaya pemotongan rambut contohnya.
  • sediakan portfolio mengenai salon anda supaya pelanggan dapat mengetahui berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan produk-produk yang terdapat di salon anda.
  • selain itu sediakan bahan bacaan seperti majalah supaya pelanggan tidak merasa bosan sewaktu menunggu.

Mendengar kehendak dan keperluan pelanggan
  • mendengar kehendak dan keperluan pelanggan adalah penting untuk memastikan pelanggan sentiasa rasa dihargai.
  • sewaktu pelanggan datang ke salon, pastikan anda menganalisa maklumat pelanggan untuk mengelakkan sebarang masalah sewaktu mahupun selepas rawatan.
  • sewaktu berkomunikasi bersama pelanggan, tanya semula pelanggan jika ada perkara yang tidak jelas supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.
  • sentiasa memberi maklumat yang tepat dalam memberi maklumat berkenaan jenis produk dan jenis perkhidmatan yang ada.
  • cuba sebaik mungkin dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Mengatasi pelanggan bermasalah
  • seorang jurukecantikan harus sabar dalam menangani pelanggan yang bermasalah.
  • cuba tawarkan pelangan dengan perkhidmatan yang menarik.
  • jangan melemparkan mimik wajah yang menjengkelkan kepada pelanggan yang sedang marah.
  • jika pelanggan melemparkan kata-kata kesat jangan membalas sebaliknya cuba kawal keadaan dengan meminta maaf dan sentiasa senyum.
  • gunakan nada lembut dan tenang dalam menangani pelanggan bermasalah.

Tuesday 26 July 2011

KOMUNIKASI PELANGGAN

Komunikasi pelanggan adalah penting didalam sesuatu perniagaan yang melibatkan pertemuan diantara pelanggan. Dengan adanya komunikasi yang baik sesuatu perniagaan itu dapat dijalankan dengan lancar disamping dapat memuaskan hati pelanggan. Terdapat beberapa faktor yang penting dalam pelaksanaan komunikasi bersama pelanggan, iaitu:


Melaksanakan komunikasi dua hala
  • komunikasi dua hala bermaksud komunikasi yang berlaku diantara dua pihak dimana adanya proses memberi pendapat, bertanya dan menjawab pertanyaan serta mengajukan soalan.
  • komunikasi ini dapat menunjukkan respon dan tindakbalas diantara anda dan juga pelanggan.
  • didalam komunikasi ini, mendengar dahulu adalah lebih penting daripada menjawab atau memberi pendapat.
  • jangan sesekali menyampuk mahupun membantah pendapat pelanggan.

Memberi maklumat yang tepat
  • tidak dibenarkan mengamalkan unsur penipuan didalam berurusan bersama pelanggan.
  • sentiasalah memberikan jawapan yang jujur kepada pelanggan.
  • jangan menggunakkan istilah yang sulit dan sukar difahami oleh pelanggan.
  • tidak menggunakan istilah yang kasar dalam penyampaian maklumat. 
  • bertutur dengan lancar dan yakin dapat memberi keyakinan kepada pelanggan dalam penyampaian maklumat
View Image

Memberi maklumbalas yang baik
  • mendengar setiap butir percakapan pelanggan dengan penuh minat.
  • jangan sesekali membuat pelanggan merasa seolah-olah tidak diendahkan.
  • sesekali berilah pendapat dan saranan kepada pelanggan.
  • bertanyalah kepada pelanggan tentang perkara-perkara yang berkaitan.

Kesabaran dan sopan santun dalam komunikasi
  • gunakan bahasa yang lemah lembut didalam percakapan.
  • harus sabar dalam melayan karenah pelanggan dan tunggu sehingga pelanggan selesai bercakap jika ingin memberikan pendapat.
  • haruslah bersikap formal dalam percakapan bersama pelanggan dan hendaklah sentiasa menyenangkan pelanggan.
  • emosi perlu stabil dalam komunikasi bersama pelanggan.
  • untuk memastikan orang disekeliling kita menghormati dan dihormati,anda hendaklah menjadi pendengar yang baik serta berbicaralah dengan sopan.
  • jangan sesekali menyampuk ataupun menyambung percakapan orang lain. 

Memahami bahasa tubuh
  • fahami riak wajah pelanggan.
  • pastikan anda memenuhi kehendak pelanggan tanpa membuat pelanggan merasa tidak selesa dengan perkhidmatan anda.
  • ambil hati pelanggan dengan memberi layanan yang mesra dan sentiasa senyum.
  • jika pelanggan sedang menunjukkan riak wajah yang masam ataupun marah,ambil alternatif untuk menyejukkan hati pelanggan.
  • jangan sesekali menambahkan kemarahan pelanggan kerana ia bakal mengundang kekecohan diantara anda bersama pelanggan.

Teknik-teknik komunikasi seperti cara menjawab panggilan telefon dan bercakap dengan pelanggan, mesyuarat dan ucapan

i) menjawab panggilan telefon
  • menjawab telefon dimulai dengan ucapan selamat pagi/tengahari/petang dan nyatakan nama cawangan ataupun nama perniagaan.
  • nyatakan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • selepas pelanggan menyatakan perkhidmatan yang ingin dilakukan minta nama, nombor telefon, dan bila temujanji akan diadakan.
  • ulang semula perkhidmatan yang diambil oleh pelanggan dan tarikh temujanji untuk memastikan  perjanjian berjalan dengan lancar.
  • ucapkan terima kasih sebelum memutuskan talian.
View Image

ii) mesyuarat dan ucapan
  • beri kata ucapan selamat pagi/tengahari/petang.
  • berikan maklumat yang penting sahaja didalam mesyuarat ataupun ucapan anda.
  • jangan selitkan topik yang berunsurkan politik dan sebagainya.
  • sesekali lakukan jenaka ringan supaya orang tidak bosan mendengar perucapan anda.
  • pastikan riak wajah anda bersesuaian dengan perucapan mahupun didalam mesyuarat.
  • bercakap dengan penuh keyakinan tanpa perlu rasa takut ataupun gementar.
  • kurangkan pergerakan tangan sewaktu berucap kerana ia bakal menghilangkan tumpuan kepada perucapan anda.
  • sesekali ajukan soalan dan bertanya jika ada soalan yang ingin ditanyakan.
  • buat kesimpulan berkenaan mesyuarat/perucapan anda.
  • akhiri ucapan anda dengan ucapan terima kasih.

Monday 25 July 2011

SAYA SAYANG GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL

Mengapa saya sayang Geomatika College?

Saya menyayangi kolej ini adalah kerana disinilah tempat yang saya rasakan paling tepat untuk saya menimba ilmu dalam bidang kecantikan. Dibarisi dengan pensyarah-pensyarah yang berpengetahuan tinggi dalam dunia kecantikan dan disertakan kemesraan para pensyarah bersama pelajar menambahkan lagi keseronokan pembelajaran disini.


Mengapa saya memilih kursus diploma ini?

Saya memilih kursus Diploma Kecantikan dan Kesihatan ini adalah kerana ingin merealisasikan impian saya disamping minat yang mendalam terhadap dunia kecantikan ini. Apabila mendapat tahu berkenaan kolej ini dimana ia menawarkan kursus sebegini, saya terus memasukinya tanpa mahu berfikir panjang dan ia memang tidak sia-sia kerana pembelajaran berkenaan kursus ini sangat tepat dengan apa yang saya impikan.

Kenangan yang BEST di kolej ini?

Apabila memasuki kolej ini saya telah mempelajari tentang kecantikan dimana saya telah diajar cara berketerampilan menarik. Yang paling best sekali berkenaan kursus ini adalah setiap hari para pelajar (dak2 beauty) akan diwajibkan memakai make-up bersertakan bulu mata palsu dan memakai heels. Unik dan BEST!!

Mengapa anda diluar sana perlu mengikuti program ini?

Bagi anda diluar sana yang memiliki impian dan cita-cita yang tinggi terhadap bidang kecantikan ini, GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL adalah pilihan yang tepat untuk anda merealisasikan impian anda itu. Kerana disinilah anda akan mempelajari segalanya bersama para pensyarah yang sangat berkualiti dan tinggi pengetahuannya dalam bidang kecantikan.

Jadi tunggu apa lagi,hantarkan butir-butir peribadi anda ke nombor yang telah disediakan.

GEOMATIKA COLLEGE BEST!!! :-)